Tuesday, December 6, 2016

Sangkakan Orang Gila, Baju Koyak Dan Berbau Busuk...Rupanya Pakcik Nii...

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Sekadar gambar hiasan

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

Sumber:- Warta Dari Hati  | SBP

Saturday, December 3, 2016

Awas! Berhati-Hati Apabila Ada Wang Di Wiper Kereta Anda. Itu Mungkin Cubaan Melakukan Jenayah.

“BERHATI-HATI ya semua, macam-macam kemungkinan ada sekarang, penjahat ada di mana-mana,” kata seorang wanita yang mendakwa nyaris menjadi mangsa samun selepas beli-belah di Palm Mall, Seremban, Negeri Sembilan.

Menerusi akaun Facebook, Norlaila Dlaila Dlaila berkongsi pengalamannya apabila menyedari terdapat duit bernilai RM1 terselit di wiper (pengelap cermin) keretanya.


Dalam kejadian 12 tengah hari semalam, wanita tersebut bersama seorang anaknya meletakkan kenderaan di kawasan tempat letak kereta yang ada lima buah kenderaan sahaja.

Apabila memasuki kenderaannya, dia menyedari ada wang di wiper namun tidak terus mengambilnya kerana bimbang dipukau atau dirompak.

“Selang dua dari kereta akak memang ada orang dalam kereta, enjin hidup tapi mereka tak bergerak. Mungkin mereka tunggu akak turun ambik duit itu, Tapi akak tak turun sebab memang tak nampak.

“Memang Allah nak lindung akak, dah keluar dari Palm Mall, akak baru nampak duit itu,” tulisnya.

Jelasnya, duit tersebut dibiarkan sehingga hilang daripada wiper.

Perkongsian Norlaila mendapat sokongan netizen yang mahukan semua pemandu terutamanya wanita untuk lebih berhati-hati dengan taktik licik perompak yang sentiasa mencari ‘peluang’ untuk menyamun.

++++++++

*Dari FB akak tu*

Akak nak cerita balik pasal duit ni ......

Kejadian berlaku di palm mall seremban pukul 12 tgh hari......parking tu mmg tak ramai org...ada lah dlm 5 biji kereta....masa tu

Satu kemungkinan pukau ...satu lagi kemungkinan rompak.....

Sebabnya mcm ni....puas akak memikir kenapa ada duit kat cermin....masa akak keluar dari pintu parking palm mall tadi mmg akak ternampak ada org berdiri tapi sekelip mata hilang

Selang 2 dari kereta akak mmg ada org dalam kereta...ejin hidup....tapi deme tak bergerak2

Mgkin deme tunggu akak turun ambik duit tu......tapi akak tak turun....sebab mmg tak nampak

Lagi pun....danial ada dgn akak masa tu....

Mmg Allah nak lindung akak....dah keluar dari palm mall akak baru nampak duit tu.....

Duit tu akak x ambik x sentuh pun akak biarkan jer kat wiper....tau2 dah hilang mgkin dah terbang.....

Berhati2 yer semua....mcm2 kemungkinan ada skrg ni...penjahat di mana2..keluar rumah baca ayat Qursi.Insha Allah....Allah lindungi kita

Ada saksi yg nampak masa akak parking kat situ.....kebetulan berada kat tempat yg sama.

Loading...

Friday, November 25, 2016

Berita Baik! Sekarang Ini Ada Cara Terbaru Untuk Tukar Kad Debit Maybank Anda. Caranya Mudah Dan Cepat. Semudah A. B. C!

Kiosk Tukar Kad Debit Maybank

Haaa, Berita Baik! Sekarang ni ada cara terbaru untuk tukar kad debit anda. Caranya mudah dan cepat. Semudah A. B. C!


Cara ringkas:

A. Masukkan kad ATM/Debit lama anda, kemudian masukkan no PIN.

B. Masukkan Mykad anda, serta buat pengesahan cap jari (thumbprint verification). Thumbprint verification passed! (Mesti lulus pengesahan cap jari).

C. Kad Debit baru (versi Chip & Pin) akan keluar berserta resit transaksi.

Tadaaa, dalam Seminit je dah siap! Dah selesai proses penukaran kad Debit baru anda tanpa perlu ke kaunter. Menarik kan?!
Buat masa sekarang, hanya beberapa Branch yang ada kiosk terbaru ini. Yang pasti, kat Menara Maybank dah ada kiosk ni. Dengarnya, dalam masa terdekat, kiosk ini akan ditempatkan di cawangan Maybank KLCC, KL Sentral dan MidValley.

Waktu operasi:

Cawangan Maybank terpilih: 

6 pagi - 12 tengah malam

Cawangan Maybank di Pasaraya:

Mengikut waktu operasi pasaraya
(10 pagi - 10 malam)

Ok, sekian perkongsian saya yang tak seberapa ni.

Jika bermanfaat, boleh Share dengan kengkawan.

P/S: Sila tukar ATM lama anda sebelum 31 Disember 2016 untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Salam ukhwah,
Firdaus Pay - FP -

Monday, November 21, 2016

Selalu Masuk Di Kawasan Perkuburan, Jangan Cuba Lakukan Ini, Ramai Tidak Tahu Bahayanya Duduk Di Atas Kubur.

Kuburan menjadi tempat pembaringan terakhir bagi manusia yang meninggal dunia. Di sana, jenazah akan memasuki fase alam barzah dan menunggu hari kiamat tiba. Tidak ada yang tahu, bagaimana keadaan mayat semasa berada di sana.


Pada waktu tertentu, biasanya keluarga akan mengunjungi kuburan untuk berziarah. Hal ini dilakukan untuk mengirimkan doa atau sekadar membersihkan kuburannya saja. Namun dalam pelaksanaan aktiviti itu manusia sering kali melakukan hal yang salah.

Salah satunya adalah duduk atau melangkahi kuburan yang bukan milik keluarganya. Ternyata hal ini sangat dilarang oleh Rasulullah. Malah Rasul mengatakan jika bara api yang membakar kulit masih lebih baik dibandingkan menduduki kuburan. Ingin tahu lengkapnya?

Makhluk yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Tidak butuh waktu lama, jasad tanpa nyawa ini harus dimakamkan di pembaringan terakhir mereka di kuburan. Tidak ada lagi teman di sana. Sahabat sejati pergi, bahkan keluarga pun tidak mau menemani. Bila waktu telah memanggil, maka teman sejati hanyalah amalan.

Berdasarkan pendapat Majoriti Ulama, penampakan surga dan neraka itu terjadi di barzakh, dan itu merupakan dalil penetapan adanya seksa kubur. Bagi mereka yang beriman dan bertakwah selama hidup, maka akan merasakan nikmat kubur. Namun jika sebaliknya yang dilakukan, maka mereka merasakan kuburnya di neraka.

Beruntung jika yang dirasakan oleh mayat ini adalah nikmat kubur. Namun begitu seksanya bagi mereka yang mendapatkan azab. Mereka merasakannya siang dalam malam. Seperti yang dijelaskan Allah dalam Alquran. Bagaimana laknatullah, Firaun diseksa oleh Allah pagi dan petang.
Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka, dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh adzab yang amat buruk. Kepada mereka ditampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat, (dikatakan kepada malaikat), Masukkanlah Firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras. (QS. Al-Mumin [40]: 45-46).
Hal inilah yang mungkin juga dialami oleh saudara kita sesama muslim yang telah meninggal. Lalu kita dengan mudahnya ketika datang ke kuburan mendudukinya atau bahkan melangkahinya. Rasulullah SAW bersabda yang artinya:
Janganlah kalian duduk di atas kuburan dan jangan shalat menghadap kepadanya, (Diriwayatkan Muslim).
Rasulullah juga bersabda, Seandainya salah seorang dari kalian duduk di atas bara api kemudian bara api tersebut membakar pakaiannya dan mengenai kulitnya, itu lebih baik baginya daripada duduk di atas kuburan, (Diriwayatkan Muslim).
Berdasarkan hadis di atas, majoriti ulama menyatakan bahawa hukum duduk di atas kuburan adalah makruh. Tindakan ini dianggap sebagai sikap tidak hormat kepada si mayat. Sementara itu Imam Abu Zakariya Muhyiddin Yahya Ibnu Syaraf Al-Nawawi menegaskan bahawa tidak hanya duduk diatas kuburan muslim yang dihukum makruh begitu juga menginjaknya kecuali kerana adanya kebutuhan yang mendesak (hajat).
Misalnya kerana tidak bisa sampai pada kuburan yang dimaksud pada masa melaksanakan ziarah kubur kecuali dengan melewati dan menginjak kuburan lain, maka hukumnya adalah boleh (tidak makruh) demikian juga duduk diatas kuburan yang diprediksi mayat yang ada didalam kuburan tersebut telah hancur dan tidak tersisa lagi, maka hukum duduk diatas kuburan yang semacam itu adalah boleh (tidak makruh).

Imam Nawawi juga menyatakan bahawa bermalam dikuburan adalah makruh kerana hal itu (bermalam dikuburan) dapat menyebabkan kegalauan. Imam Syihabuddin Ahmad Ibnu Ahmad Ibnu Salamah Al-Qulyubi juga menambahkan bahwa hukum buang air besar dan buang air kecil diatas kuburan orang muslim adalah haram.

Saudara seiman, kita tidak pernah tahu apa yang sedang terjadi didalam kuburan mayat yang kita duduki atau injak itu. Kita hanya tahu, bahwa kuburan seperti rumah, menjadi peristirehatan jenazah yang sudah wafat. Wallahu alam bis shawab.***


Sunday, November 20, 2016

3 Bentuk Punggung Wanita Yang Menandakan Keadaan Kesihatannya.

Tahukah anda? Bentuk punggung pada seorang wanita boleh menandakan keadaan kesihatannya. Bentuk punggung bagus atau yang lebih biasa dipanggil dengan panggilan pantat ini memang selalu menjadi dambaan wanita. 


Namun ini bukanlah nilai mutlak jika mempunyai punggung montok ertinya sihat, mempunyai pantat tepos ertinya tidak sihat. Hmmmm...jangan salah, boleh jadi sebaliknya tau. Bikin tanda tanya bukan? Agar lebih jelas jom baca penjelasan berikut ini, 3 bentuk punggung wanita yang menandakan kesihatannya.


1. Bentuk V (V Shapes)

Sudah melihat ke cermin? Bagaimana bentuk punggung yang kamu miliki. Adakah termasuk dalam golongan huruf V. Jika ya, bererti kamu mempunyai kadar hormon estrogen yang cukup rendah. Meski hormon estrogen ini juga terdapat pada tubuh lelaki. Tetapi bagi wanita sendiri, ini menyangkut perkara yang begitu penting. 

Sebab estrogen membantu untuk mengatur kitaran haid agar teratur, dan bagi kamu yang sudah berkahwin, estrogen sangat berperanan mengawal pertumbuhan lapisan rahim pada awal-awal kitaran haid. 

Kesannya cukup buruk, ketika sel telur wanita dibuahi oleh sel sperma, kadar estrogen yang rendah / menurun tajam boleh menyebabkan berlakunya haid kembali, Ini bermakna gagal hamil!

Berbeza dengan kadar estrogen yang seimbang, bersama-sama dengan progesteron ia akan mempertahankan ovulasi (masa subur) selama tempoh kehamilan. 

Tak kalah penting sebagai identiti kesuburan wanita dan kesihatan saluran pembiakan wanita, estrogen juga sangat berperanan dalam masa-masa pertumbuhan khususnya pada remaja perempuan. Dan pada wanita dewasa, ia berperanan untuk mencegah osteoporosis serta menopause awal.

2. Bentuk Kotak (H Shapes)

Cara mengetahui kesihatan wanita dari bentuk punggung yang kedua adalah untuk si pemilik pantat kotak. Ini menandakan punggung kamu kurang volume di kedua-dua sisi dan lebih banyak lemak ke arah pinggul atau Mi5s V. 
Meski tidak terlalu berbahaya bagi kesihatan wanita, namun jika lemak ini semakin besar dan tertimbus, sangat terdedah untuk terkena penyakit diabetes ataupun buasir. Inipun tidak sepenuhnya benar, tetapi sekurang-kurangnya boleh dijadikan indikasi kalau kamu mengalami kelebihan lemak pada tubuh. 

3. Petunjuk Kesihatan Wanita dilihat dari Bentuk Bokong Bulat dan Buah Pir (Hati)

Beruntunglah bagi kamu yang mempunyai bentuk punggung bulat dan hati (buah pir). Dikatakan bahawa pemilik punggung tersebut mempunyai kesihatan jantung yang cukup bagus. Sebab ini menandakan asid lemak lebih rendah pada tubuh seorang wanita, sehingga sangat jauh untuk terdedah kepada risiko penyakit jantung ataupun diabetes. 

Namun berbanding terbalik keadaannya, jika bentuk punggung besar ini dimiliki oleh lelaki. Akan sangat mudah terdedah kepada masalah kesihatan seperti Hemorrhoid, iaitu pelebaran pembuluh darah vena (bengkak) di bahagian bawah dari saluran pencernaan seperti dubur dan rektrum. 

Yang lama kelamaan boleh menyebabkan mudah terdedah kepada penyakit buasir atau Ambein, terutama pada lelaki dewasa yang memasuki usia 40 tahun keatas. Bagaimana mengenalinya sangat mudah, jika saiz perut (buncit) jauh lebih besar daripada saiz punggungnya, itu bermakna lelaki tersebut termasuk ke golongan empunya punggung Bulat. 

Itulah cara mengetahui kesihatan wanita dilihat dari bentuk punggungnya. Mohon maaf bagi para pemilik punggung burik, punggung kuning dan punggung codetan, kerana tidak sempat dimasukkan ke dalam senarai diatas, hehehe.

Fakta Garis Tangan Berbentuk Huruf M Yang Dikatakan Sangat Istimewa.

Benarkah jika kita mempunyai garis tangan berbentuk huruf M dikatakan sebagai orang-orang yang mempunyai keistimewaan hidup, seperti keperibadian istimewa, pembawa hoki dan masa depan yang berjaya. Adakah ini benar atau boleh jadi sebaliknya? Mari kita ketahui fakta sebenar!


Tidak diketahui pasti siapa orang yang pertama kali menyebarkan khabar angin tentang garis tangan M yang katanya sebagai tanda kemenangan. Alih-alih berkata, ramalan telapak tangan ini berdasarkan teori palmistry, yakni sebuah ilmu membaca garis tangan menurut pseudoscience.

Dijelaskan dalam teori tersebut bentuk huruf M yang terukir di telapak tangan kita menyambung tiga garis utama yang boleh dilihat dengan jelas antara jantung (hati) dengan garis kepala serta garis kehidupan (nasib). Sedangkan garis penghubung kecil di antara ketiga-tiganya kelihatan kecil dan samar-samar. 

Menurut penjelasan dalam sains perubatan, rangkaian garis tangan ini dikenal dengan istilah palmar flexion crease yang terdiri dari distal transverse crease sebagai garis jantung, proximal transverse crease mewakili garis kepala dan thenar crease sebagai garis nasib/kehidupan. Sedangkan garis penghubung antara ketiganya dikenal dengan istilah medial crease.

Dan fakta kebenaran tentang garis tangan huruf M, bahawa hampir semua manusia yang dilahirkan ke dunia mempunyai ciri yang sama. Ini semua terbentuk secara ilmiah sejak janin masih dalam kandungan sang ibu. Dikatakan juga lebih daripada 80 peratus seluruh manusia di dunia mempunyai bentuk huruf M telapak tangannya, banyak yang terlihat jelas dan ada juga yang kelihatan samar-samar.
Mmmmm...masih mengganggap pemilik garis tangan huruf M adalah orang yang Istimewa? Bukankah ini bererti menjelaskan sebaliknya, pasaran dan terlalu mainstream, semua orang di dunia juga rata-rata begitu!

Beruntunglah bagi kamu yang tidak mempunyai bentuk huruf M, kerana kamu menjadi orang yang sangat istimewa, unik dan jarang yang menyamakannya.

Dan bagi kamu yang sudah terlanjur memiliki garis tangan huruf M jangan bersedih dulu. Kerana fakta yang perlu kamu tahu bahawa nasib baik, jodoh, kejayaan, masa depan dan nasib seseorang bukan ditentukan dari garis telapak tangannya.

Tapi ditentukan dari bagaimana cara dia memperjuangkan hidupnya hari ini, demi hari esok yang lebih baik dan sebagai bekal masa depan nanti. 

Kesimpulannya, biarlah dengan bentuk telapak tangan kita seperti apa, mau huruf M, mahu angka 69, mahu bentuk punggung kek. Kerana dalam sejarah kehidupan manusia, yang namanya rezeki tidak pernah ada yang jatuh percuma dari langit, semua perlu usaha dan perjuangan dari diri kita sendiri.

Kalau kerjanya cuma berdoa, menangis sampai tunggang terbalik minta diubah nasibnya dengan Tuhan tapi dia sendiri malas berusaha maka tetap saja hidupnya suram. Ingat! Doa tanpa usaha adalah bohong dan usaha tanpa doa namanya sombong hehehehe: D

Sumber: Kejadiananeh | SBP

Wednesday, November 16, 2016

Huhuhu...Ini Cara Pemilik Rumah, Mengusir Penyewa Bermasalah. Sangat-sangat Berhemah!

Sebagai pemilik rumah sudah tentu memeningkan kepada apabila terpaksa berhadapan dengan masalah penyewa rumah yang agak culas dalam membayar sewa. Namun begitu, tidak semua orang hidup tanpa sebarang masalah kewangan.


Lihat bagaimana seorang pakar hartanah yang dikenali sebagai Abang Ensem ini mengusir penyewa rumah miliknya. Tiada sebarang cercaan, hinaan. Namun penuh dengan hikmah.

1. Selama aku bergelar Tuan Rumah (Landlord), terdapat 2 insiden aku mengusir penyewa yang bermasalah melunaskan sewa bulanan mereka.

2. Seorang telah diusir dengan ayat sarkastik (rujuk buku pertama aku), manakala seorang lagi telah aku keluarkan secara berhemah.

3. Kenapa berhemah?

4. Kerana si penyewa bukanlah sengaja untuk tidak membayar, sebaliknya dengan desakan hidup berkeluarga, ditambah pula dengan keadaan anaknya yang kurang sempurna. Biar pun aku telah mengurangkan kadar sewa mengikut jumlah yang beliau sendiri (si penyewa) tetapkan tetapi beliau masih tidak berkemampuan.
5. Sayang sekali kerana ketika itu aku baru sahaja bermula, jika sekarang, pasti unit itu aku jadikan wakaf kediaman untuk beliau.

6. Jadi, apakah yang aku lakukan?

7. Mencari unit sewa yang lain mengikut kemampuan mereka, membayarkan deposit 'on behalf' si penyewa. Menguruskan soal pengangkutan bagi memindahkan barang mereka sekeluarga dan seterusnya mengucapkan selamat jalan kepada mereka.

8. Nampak seakan ada kerugian di situ, tetapi siapa tahu hasil dari bantuan tersebut Allah gantikan dengan penyewa baru yang tidak pernah culas pembayaran sewanya sehingga kini.

loading..

Sumber:- Sempoimedia | SBP

Muzium Zakar Terbesar Dunia Yang Terletak Di Iceland Dibuka Secara Rasmi.

Saiz bukanlah ukurannya, demikian slogan Muzium Patologi Iceland yang menyimpan koleksi terbanyak spesimen zakar pelbagai haiwan di dunia. 

PANDANGAN di dalam Muzium Phallological Iceland Reykjavik

"Saya datang untuk memastikan bahawa muzium zakar ini benar-benar wujud di Reykjavik," kata seorang pelancong Amerika, Jerry Anderson kepada AFP, sambil merenung spesimen zakar terbesar milik Paus Sperma di muzium itu. 

Zakar sepanjang 1.70 meter dan berat 75 kilogram itu disimpan dalam cecair formaldehid di dalam bekas plexiglass besar di pintu masuk muzium. 

Dalam beberapa lagi bilik besar di muzium itu juga terdapat zakar dan bahagian-bahagian zakar pelbagai bentuk dan saiz milik pelbagai jenis mamalia besar termasuk ikan paus, beruang, anjing laut, kucing dan juga tikus. 
Ia turut menempatkan pelbagai artifak yang bertemakan kemaluan, antaranya dulang, tiang dan telefon. 

Tidak seperti suasana muzium lain di dunia yang tenang dan aman, rata-rata pengunjung Muzium Patologi ini akan tergelak kecil sambil melihat 286 spesimen biologi yang dipamerkan. 

Sebahagian besar pengunjung adalah warga asing dan lebih daripada 60 peratus adalah wanita. 

Sumber:- AFP | SBP

Tuesday, November 15, 2016

HEBATNYA ~ Rahsia Wanita Yang Lahir Di Bulan Julai.

Adakah kamu mempunyai teman wanita atau isteri yang lahir di bulan Julai? Jika ya, maka boleh dikatakan kamu sangat beruntung. Kerana kononnya wanita yang dilahirkan di bulan ini mempunyai sifat dan watak yang sangat special...


Tidak percaya? Baca saja ulasan lengkapnya, dan padankan sama ada maklumat ini sesuai dengan keadaan teman wanita kamu. Ingat ya teman wanita kamu, bukannya teman wanita kepada teman kamu hehehe.

Karakter Wanita Yang Lahir Di Bulan Julai

1. Perhatian

Mereka yang lahir di bulan Julai, umumnya mempunyai ciri-ciri dengan rasa kepedulian yang cukup tinggi. Selain itu, dia juga senang memikirkan pelbagai perkara yang berlaku dalam hidupnya. Inilah kenapa mereka cenderung bersikap lebih bijaksana. 

Bukan hanya mampu bersikap bijaksana, namun dia yang lahir di bulan Julai biasanya mempunyai sikap dewasa bahkan lebih dari usianya.

2. Sayang Keluarga

Sikap positif yang ditunjukkan oleh dia yang lahir di bulan Julai adalah sikap pelindung pada keluarganya. Selain pada keluarga, sikap protektif juga mereka tunjukkan bagi mereka yang disayangi. Dia akan berusaha membuat orang yang dicintainya senang dengan banyak berbagai upaya.

3. Berbakat

Mereka yang lahir di bulan Julai umumnya adalah orang yang berbakat. Hanya sedikit orang, yang mampu menyamai bakat mereka dalam erti kata punya bakat istimewa. Mereka juga diketahui begitu cinta terhadap seni.
Selain berbakat, mereka juga senang akan hal yang baru seperti fotografi, kesenian ataupun menyanyi. Jika bakat yang mereka miliki disalurkan pada sebuah pekerjaan, hal ini tentu mampu menjadi passion penting tersendiri bagi mereka. Akibatnya, pekerjaan mereka pun akan memaparkan hasil yang cukup memuaskan.

4. Motivasi

Wanita kelahiran bulan Julai dikatakan juga mempunyai semangat atau motivasi yang cukup tinggi untuk meraih apa yang mereka inginkan. Mereka tidak memerlukan yang namanya motivasi luaran, wang ataupun status dalam mencapai kejayaan. Mereka lebih suka bergantung pada diri sendiri yakni faktor instrinsik seperti halnya aktualisasi diri. 

5. Mudah Membuat Orang Jatuh Cinta

Mereka yang lahir di bulan Julai, biasanya mempunyai banyak peminat rahsia. Bukan tanpa alasan, namun daya tarikan mereka yang cukup kuat membuat banyak orang tertarik dengan mereka.

Bukan hanya popular di kalangan lawan jenis, namun mereka juga boleh merangkul banyak teman untuk mendekat dengannya. Hal ini kerana, sifat mereka yang mudah bergaul sehingga boleh menjadi seorang superstar dengan mudah di antara kawan-kawannya.

6. Tahu Cara Bahagia

Sifat dan watak wanita yang lahir pada bulan Julai, umumnya mampu mencipta bahagia, meski pun dengan cara yang boleh dikatakan sederhana. Bagi mereka, berehat sambil membaca buku atau mendengar muzik merupakan hal-hal simple yang mampu membuat mereka merasa senang.

7. Simpati

Rasa simpati, boleh dengan mudah mereka tunjukkan pada orang lain. Hal ini kerana, mereka mempunyai hati yang lembut. Mereka cenderung tidak boleh melihat orang lain berada di bawah tekanan atau dalam keadaan menderita. 

Inilah kenapa, mereka yang lahir di bulan Julai bukan hanya mengejar tujuannya sendiri melainkan juga tetap berusaha membuat orang lain bahagia.

8. Perfeksionis

Sikap lain yang serupa dengan mereka yang lahir di bulan Julai, adalah sikap yang cenderung mengarah ke arah kesempurnaan. Mereka tidak akan berhenti melakukan suatu pekerjaan, jika pekerjaan tersebut belum juga membuahkan hasil yang membuat mereka puas. 

Bagaimana menurut kamu ulasan di atas, apakah sama dengan keadaan pasangan kamu pada masa ini?

INI PUN MENARIK DIBACA JUGA:

PELIK! Wanita Ini Datang Haid Selama 5 Tahun Tanpa Henti.

Bagi seorang wanita kitaran haid atau haid normal biasanya berlangsung dari 5 hingga 8 hari. Bila terjadi Gangguan Haid boleh agak panjang 28 hingga 35 hari lamanya. Tapi apa yang dialami wanita 27 tahun bernama Chloe Christos ini sangat aneh, dia tak pernah berhenti haid selama 5 tahun lamanya dan harus kehilangan setengah liter darah setiap 4 hari. 


Terkejut mendengarnya? Sudah pasti penderitaan yang dia rasakan sangat hebat. Sebab seperti yang kita tahu apabila wanita datang haid terlalu lama, di situlah pengeluaran hormon wanita terganggu akibat nutrisi yang banyak berkurang. Kerana kitaran haid yang dialami oleh Chloe, dia sampai mengalami anemia teruk dan sering pengsan. Setiap minggu dia harus mendapatkan penyerapan zat besi.

Gangguan haid yang dialami oleh Chloe Christos sebenarnya sudah dia alami sejak lama, waktu dia mendapat haid pertama kali dalam hidupnya ketika masih berusia 14 tahun. 

Namun itu belum seberapa, sehingga diusianya yang ke 19 haidnya benar-benar tak berhenti selama 5 tahun berturut-turut. Kerana malu mendedahkannya, membuatkan Chloe sering mengalami pengsan. Hingga akhirnya hal tersebut diketahui oleh ibubapanya dan membawa Chloe ke doktor. 

Hasil diagnosis mendedahkan bahawa dia terkena penyakit aneh dan jarang berlaku yang dinamakan Von Willebrand yakni gangguan pada darah yang membuat darah sukar mengalami pembekuan sehingga tak berhenti-henti keluar. 
Peranan Von Willebrand ini sendiri sangat penting, sebagai protein yang berfungsi melakukan pembekuan darah serta trombosit pada dinding pembuluh darah agar membentuk sumbatan selama terjadi proses pembekuan darah dalam tubuh.

Menurut doktor yang pernah merawat Chloe, sangat jarang seseorang mengalami penyakit Von Willebrand dan kelainan genetik ini biasanya diwarisi dari keturunan. Satu-satunya cara rawatan berkesan yang boleh dilakukan hanyalah menjalani prosedur histerektomi iaitu langkah perubatan untuk pengangkatan rahim wanita. 

Bayangkan betapa shocknya Chloe mendengar penjelasan doktor tersebut. Di usianya yang masih sangat muda, dia diharuskan menopause awal dan sudah pasti tidak lagi boleh mendapatkan anak bila nanti dia berkahwin.


Kita lanjut ke cerita Chloe Christos, wanita yang mengalami gangguan haid tak berhenti sampai 5 tahun. Merasa bosan hidup, kerana Chloe perlu mengambil ubat sintetik pemberian doktor yang mempunyai kesan sampingan berbahaya selama 7 tahun. Dia selalu pengsan, dalam seminggu 3 kali dia dimasuk ke ICU (Unit Rawatan Kecemasan). Badannya pun menjadi kurus kering seperti seorang penghidap Anoreksia.

Seakan tiada kesembuhan yang berkunjung kerana memakai ubat tersebut, malahan menambah senarai panjang penderitaannya. Membuat keluarga Chloe berusaha mencari rawatan alternatif. Hingga akhirnya mereka berkunjung ke pusat Hemofilia. Ditempat tersebut, Chloe diberikan suatu preskripsi ubat yang biasa digunakan oleh para pesakit Hemofilia

Setelah mengambil secara rutin, ubat tersebut benar-benar mujarab menyembuhkan penyakit kelainan Von Willebrand yang dialami oleh Chloe, dia pun tak pernah lagi mengalami gangguan haid berpanjangan. Dan haidnya sehingga kini sudah normal 4 hingga 6 hari, tidak lagi sampai bertahun-tahun lamanya.

6 Manfaat Kepada Isteri Apabila Suami Menyusuinya Setiap Malam.

1. Payudara yang sering dihisap, keseimbangan sistem kardiovaskular (jantung) kewanitaannya dapat terjaga. Apabila lelaki menghisap payudara wanita dalam waktu yang lama, maka degupan jantung wanita meningkat sehingga 110 degupan/minit. Hal ini boleh menjadi latihan bagus bagi kesihatan jantung.


2. Menghisap payudara juga dapat membuatkan berat badan wanita lebih stabil, bahkan berkurang. Hal ini disebabkan, payudara yang dihisap selama 3 minit dapat membakar lemak lebih kurang 12 kalori.

3. Ingin wajah lebih cantik dan menawan? Kalau begitu jangan risau untuk selalu dihisap payudaranya. Dengan dihisap payudara, maka lebih daripada 30 otot wajah wanita bergerak, sehingga berguna untuk meningkatkan aliran darah di kulit wajah, dan menghaluskan kulit.
4. Selama ini menghisap payudara dianggap sebagai perkara yang kurang sopan atau bunyinya seperti perkara luc4h. Tapi pada kenyataanya menghisap payudara dapat membuatkan wanita lebih awet muda, merupakan ubat yang merangsang sistem kekebalan tubuh, kesannya adalah penghasilan antibodi yang mampu melindungi dari virus dan penyakit. Proses ini disebut cross-imunoterapi.

5. Ketika payudara dihisap, biasanya nafas wanita jadi lebih cepat...Kebanyakannya ketika payudara dihisap, wanita akan menyedut dan menghembus nafas 60 kali dalam satu minit. Padahal dalam keadaan normal hanya 20 kali tiap satu minit. Menyedut dan menghembus nafas akan mencegah berbagai gangguan penyakit pada paru-paru.

6. Payudara yang dihisap lebih dari 5 minit akan membuatkan tubuh wanita lebih santai, dapat menghasilkan rantai kimiawi yang akan menghancurkan pelbagai hormon yang menjadi penyebab stress.

Kongsikan pengetahuan ini kepada wanita-wanita yang anda kenal untuk membantu mereka lebih sihat dan awet muda sekarang juga! | SBP

Donald Trump Lahir Di Pakistan Dan Beragama Islam.

Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghabiskan masa bertahun-tahun untuk membuktikan Presiden Barack Obama bukan merupakan rakyat Amerika.


Namun kini ahli perniagaan itu mungkin terpaksa mempertahankan diri apabila timbul dakwaan yang mengatakan beliau merupakan anak yatim dari Pakistan.

Dakwaan tersebut kedengaran mengarut tetapi rangkaian televisyen yang beroperasi di Pakistan, Neo News menampilkan laporan yang mendedahkan Trump sebenarnya lahir di Waziristan pada 1946 dengan dikenali sebagai Dawood Ibrahim Khan.

Laporan itu mendakwa, Trump tinggal di sana sehingga 1955 sebelum dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga dari AS susulan kematian ibubapanya.

Stesen televisyen itu juga menunjukkan gambar Trump semasa kecil dan mendakwa wakil Parti Republikan tersebut menerima pendidikan di Pakistan semasa zaman kanak-kanak.
Bagaimanapun Neo News mendakwa mereka mendapat laporan itu berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna Twitter.

Kenyataan itu turut mendakwa Trump dilahirkan dalam keluarga Islam.

Namun selepas menyiarkan laporan tersebut, Ne0 News dikecam teruk oleh penduduk tempatan yang mempersoalkan sebuah stesen berita yang bereputasi tinggi boleh mengeluarkan dakwaan sedemikian.

Laporan tersebut dipercayai ada kaitan dengan tindakan Trump menuduh Obama dilahirkan di Kenya walaupun tuduhan itu tidak benar.

Sepanjang kempen pilihan raya Presiden lalu, Trump menggunakan isu tersebut untuk mempersoalkan kredibiliti Obama tetapi kemudiannya mengakui Presiden AS terbabit dilahirkan di Amerika.

Bagaimanapun Trump tidak memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan palsu itu. 

Sumber:- Mstar Online | SBP